Tuesday, October 12, 2010

anugerah terindah

saat pertama kali ku lihat mu
hanya tuhan yang tahu
bertapa hati ini meronta
ingin mendakap mu

dan saat pertama kali juga ku dengar suara mu
bagai mahu luluh jantung ini
suara kecil mu menjerit jerit
seperti ingin menyatakan sesuatu

apabila ku panggil "Sayang"
lantas kau tersenyum mendengarnya
apabila ku lihat ke dalam mata mu.
mata kecik mu terkebil kebil
cuba untuk melihatku
dan kau kembali senyum bahagia

alangkah gembiranya hati ini
apabila ku tahu
kau sempurana layaknya manusia biasa
Syukur Ya Allah.
kau anugerahkan anak yang tak ternilai harganye
lengkap fizikalnya tanpa cacat cela.


Aunty sayang Fateha :)
Fateha, 27 hari


Dedikasi khas untuk:
Siti Fatimah & anaknya Siti Nur Fateha



p/s: anak orang & anak sendiri lain rasanye.

No comments: