Friday, October 1, 2010

sedap punya!!

Hello readers :)

mari dekat mari dekat *sila sebut macam nada Shila Rusli cakap dalam iklan Mayonise & Telur yer* :) eh! hape ingat Shila Rusli jeke pandai combine recipe? ingat Shila je ke chef? I pon pandai juga ape. wah! perasaan nye. nak goreng telor pon suruh maid*sejak bila I ade maid ni*. ni nak jadi chef plak kan. haha.

btw, I tak lah pro macam Shila. oh ye, hari tue masa sebelum nak puasa jumpa Shila kat Carrefour Ampang tengah shooting "Ketuk ketuk Ramadhan" tak sempat pulak nak salam kot kot dapat berkat tangan dia yang pandai masak tue kan. so senang lah nak kawin nanti. bole bagi laki gemok. so boleh berenti keje yang berhikmat untuk negara tue & tukar kerja buka business. oke itu out of topic yer, maaf~

I nak share cara minum susu yang baru dengan uolls. :) kebuluran semalam kemudian makan cornflake dengan susu. lepas tue tiba tiba idea muncul. terima kasih otak kerana produce idea yang berharga. boleh jual idea macam ni. en.syam kate orang yang jual idea boleh kaya. waaah!!

bahan bahan yang diperlukan adalah:-

I prefer Dutch Lady Full Milk ni. dan untuk pengatahuan anda, FULL MILK CREAM better than LOW FAT. ester(consultant I) cakap, LOW FAT lagi BERLEMAK dari full milk cream. jadi, mulai dari sekarang jangan beli Low Fat kalau nak kurus yer. :) oh, ataupun anda boleh guna ape ape jenis susu janji bukan susu pekat atau susu cair yang dalam tin tue. haha


NEXT

yes! chocolate CRISPY atau boleh guna KIT KAT :)


cara makan nye adalah:-

combine dua dua bahan ni & makan macam mana anda makan cococrunch/cornflake. SIMPLE. if biar Crispy/KitKat terendam lama sikit ia lebih nikmat sebab coklat dia cair sedikit dan memberi kan impak yang lebih mengiurkan. :) oh jangan lupa patah patah kan Crispy/KitKat supaya senang untuk masuk dalam mulut comel korang tue

TRUST ME! memang sedap.

tapi bagi yang tak minum susu boleh ganti dengan MILO tanpa sugar/susu pekat. bancuh milo dengan air suam sahaja. means Milo kosong la. atau beli je Milo dalam kotak yang dah siap tue. senang!!


~SELAMAT MENCUBA~


p/s: Syg cakap makan jelah kejenye. :)

No comments: