Saturday, January 30, 2010

Awas!!

mulakan entri kali ini dengan lafaz bismillahirahmanirahim. ;) macam makan juga, sebelum makan kena la baca doa kan. supaya kenyang makan nanti, tak ade lah dah bantai 5pinggan nasi pun still lapar lagi. masya-allah.

setiap apa yang kita makan, makanan tue akan menjadi daging dalam badan kite. tue pasal la makan banyak jadi gemok. eh, betul ke? suke hatu aku je. tak! tak! maksud saya, apa yang kita makan tue akan membentuk peribadi seseorang. paham? eh, tak paham juga? oke oke, saya bagi contoh oke. misalnye, kita *untuk orang beragama islam sahaja* minum arak. kalau anda semua tengok orang yang kaki minum nie kebanyakkan nye mesti jenis tak baik punya orang kan. xperlu rasanye detailkan "jenis tak baik punya orang" tue, sebab saya pasti anda semua boleh detailkan sendiri. jadi disini jelaslah menunjukkan, makanan & minuman yang tak baik itu akan menjadikan seseorang tue pun tak baik kan.

kalau kita dah tau yang makanan & minuman tue tak baik buat ape ambik? haizz. cari pasal la namenye kan. tak apa lah, biarkan la mereka yang tue. yang lebih penting, kita ambik tau ape yang kita makan dan minum. sebab nya, kadang2 kita tak tau yang kita makan tue mengandungi sesuatu yang membuatkan makanan itu haram @ menjejaskan kesihatan kita. contohnya, makanan yang mengandungi minyak ba alif ba ya. saya pasti anda semua sentiasa semak label/ingredient sebelum belum beli kan. tapi macam mana pulak kes dekat label tak ade tulis pasal tue? ini lah masalah nye, marketers sekarang suka tipu customer. lebih2 lagi marketers yang nak jatuhkan umat islam secara senyap. ishy3.

untuk elakkan kita makan benda yang kita tak tau halal atau tak, tak payah je beli. kalau tengok macam pelik je makanan tue, atau pun packaging die macam lain je. JANGAN BELI!! sebab kita consumer ni tak tau muslihat marketers. tambah2 kalau yang pergi membeli belah tue makcik2 yang tak di dedahkan dengan perkara2 macam ni. manalah aunty2 tue nak tau kan. memang seronok lah marketers tue gelak kan aunty2 tue. yang terkena consumer lah & yang untung nye marketers yang tak ade ethics tue.

saya cuma nak ingat kan rakan2 supaya, JANGAN BELI!! sesuka hati je. jangan main ambik je. tengok la sekarang ni, macam2 gejala tak bermoral dah. salah satu penyebabnye ini lah. MAKAN IKUT SEDAP MULUT JE. kalau orang cha ya nun alif tak ape lah, lantak lah dorang nak makan ape pun. tapi kita yang islam ni jaga ya sebab bukan setakat tak baik dari hukum tapi tak baik juga untuk kesihatan. dan ade sedikit info yang saya dapat dari lecture saya, EN HAFIZ. die mandapati bahawa air KICKAPOO ni berasal dari sebuah syarikat ARAK, MONARCH BEVERAGE. *yang jenis peminum mesti tau punye* Ehhh saya tak tipu, nie cuba baca history company nie..


& tak mustahil lah kalau air ni ade campuran arak cikit. kan?? ha!! korang pikir la sendiri sama ada nak terus beli atau tak. jangan risau lah, company ni tak kan rugi punye kalau semua orang islam tak beli product dorg ni, sebab berlambak lagi orang bukan islam yang akan beli.

akhir sekali, FIKIR2 KAN & SELAMAT BERFIKIR.

3 comments:

♥..:amore:..♥ said...

gud2.....
meng apply aper yg diajr...he3...
tp mmg dh lama psl kickapoo tuh org ckp dibuat dr kilg arak..tp klu spe2 yg xpnh taw mcm akk sblm nih...air tuh la plg sdp...n gian jer nk minum...bla dh taw...trus xminum...

mesintaip said...

Tak pernah tengok produk tu setakat ni. Memanglah sebagai muslim kita kena sentiasa sensitif tentang bab makan minum ni. Sensitif di sini bukan bermakna mengongkong diri dan kebebasan, tetapi memberi ruang kebijaksanaan kita sebagai pengguna. Maknanya, Islam dah ajar kita agar menjadi pengguna yang bijak!
Konklusi: Tinggalkanlah perkara yang meragukan, pergilah kepada yang sahih dan jelas.

يا يهاالناس كلوا ممافي الارض حللاطيبا ولا تتبعواخطوت الشيطن انه لكم عدومبين

"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(al-Baqarah: 168)

mesintaip said...

Hmm..tak pernah tengok pun produk tu setakat ini. Betullah, sebagai seorang muslim kita kenalah sensitif dalam bab makan minum ni. Sensitif tu bukan bermakna hendak mengongkong diri, sebaliknya membuka ruang kepada kita sebagai pengguna yang bijaksana dalam membuat pilihan. Islam dah lama mengajar agar kita menjadi pengguna yang bijak. Tak rugi pun kita.
Konklusi: Tinggalkanlah perkara yang meragukan, pergilah kepada perkara yang sahih dan jelas...