Monday, July 19, 2010

cepat nanti kena tinggal bus!

salam semua :)

ehem ehem. sekarang dah mula pandai bagi salam ek. bagus sangat perubahan macam ni. kalau ade org yang bukan islam baca macam mana yer? eh, macam la ade orang nak baca blog kau!! oh, okay. wateva!!

well, hari ini iaitu hari ISNIN sangat penat sebab rushing2 pergi kelas & pergi meeting. meeting ke?? AKUJANJI padahal !! takSUKAnye. nasib lah, saya tak puasa macam lily sudin. kalau tak mesti dah batal puasa sebab mencarut je sepanjang hari. weeuuuww.

hal rushing pertama nya bila nak pergi kelas en.Hisyam pukul 2pm tadi. keluar rumah dah awal, dalam pukul 1pm la lebih kurang kan. lepas tue pergi pulak print "biz card". weh weh, korang bukan salah baca la. memang betul I dah ade Biz card. SUMPAH taktipu punya! :D ni sume untuk kelas en.Hisyam la. kena design biz card bagai untuk bagi kat die & customer konon nye. huh. ape lagi korang ni? kenape? ohh pasal customer tue ek. yee! memang ade customer pun. sebab kami semua kena cari customer untuk jual product kami sendiri. later la I cerita. hari ni nak cerita pasal lain la. hisy!! **sambung perenggan baru ye

okay. lepas je print biz card pergi kedai Cosway selang 2buah kedai dari kedai printing tadi. ha? kenape pergi Cosway?? oh, pergi Cosway sebab Lily nak daftar jadi ahli. Lily nak jual product Cosway la. then, terus pergi kolej. Otw nak ke kolej boleh pulak la belumba dengan kereta wan. bengap punya wan! dengan moto pun nak lumba. sengal. pastu sampai kt kolej pakguard yang tua tue buat kerek plak! dah la lembab nak mampos. tangan terketar ketar!! geram je. dah la lambat dah time tue pastu ble plak pakguard tue cakap "ha, esok datang la lambat lagi" aku cili mulut tue baru kau tau! ahaha. baru la kelam kabut jalan macam orang berlari dengan naik tangga bertingkat2 lagi. basah weh ketiak. nasib dah sembur perfume 1/2 botol. gagaga
~Tamat episod 1~

hal rushing kedua bila Lily kelam kabut ketuk pintu bilik macam ade perogol yang cuba nak rogol die. haha. mana taknye, ade meeting dengan HEP. kalau tak pergi, kena halau keluar rumah. mampos nak duduk mana? ingat senang nak cari rumah kt Seri Iskandar ni. huh. haha memang kelakar. Nisa bawa kete memang laju + takde belas kasihan punya. memang dasyat la. sampai kolej sume orang dah tunggu kat bilik meeting, syukur la HEP tak masuk lagi. kalau dah masuk alamat GOOD BYE kuartes kerajaan 4/13. haha. pastu kena la tahan telinga dengar HEP 2 membebel sebagai seorang ayah lah konon nye. ok fine. ape2 lah janji aku boleh duduk 4/13 lagi. tak kuasa nak pindah angkat2 barang bagai. dah lah kena tandatangan surat AkuJanji bagai. isyh! please la. ntah pape. hujung tahun ni nak habis dah pun, macamla ade 3 tahun lagi nak duduk sini. ggrrrrrrr!!!! WATEVA!! nasib kau memang ade jawatan besar, so follow jela. REDHA
~Tamat episod 2~

okay habis dah cerita. nak tido esok kelas pukul 8. kelas ME pulak tue. huh! bosan bosan.
tolong la jangan menguap sepanjang kelas. kena minum kopi 3 sheet nampak nye nie. supaya oksigen sampai ke kepala dengan lancar tanpa sebarang roadblock. :P

p/s: tadi tengok gambar hantu dekat i-city. teringat Ali Imran suka masuk dalam baju sebab nak main hantu2. tapi sebenarnye nak tengok benda lain dalam baju. GATAL!! rindu ALI..

No comments: